HomeSukanHyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil, PSM jalin kerjasama promosi SNBJ, Axiata...

Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil, PSM jalin kerjasama promosi SNBJ, Axiata Arena

PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil yang disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh baru-baru ini .

Tumpuan utama kerjasama strategik ini termasuk kerjasama pemasaran untuk bersama-sama mempromosikan Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil dan SNBJ serta Axiata Arena dalam semua bahan promosi dan mempamerkan acara sukan dan hiburan yang menarik di tempat yang ikonik ini.

Penganjur acara serta kakitangan SNBJ dan Arena Axiata akan menerima tawaran makanan dan minuman istimewa di Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil, menjadikan pengalaman sebagai tetamu hotel lebih menyeronokkan dan menggalakkan peminat sukan untuk melawat Hyatt Place di Bukit Jalil.

Penganjur acara dan kakitangan Stadium Perbadanan Malaysia juga menikmati kadar bilik eksklusif dan keutamaan di Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil.

Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil ini mempunyai 250 bilik baharu dan menampilkan reka bentuk intuitif jenama Hyatt Place, suasana kasual serta kemudahan yang selesa seperti Wi-Fi percuma dan perkhidmatan makanan dan minuman 24 jam.

Jarak hotel ini ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah hanya mengambil masa 30 minit manakala ke Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur hanya 45 minit. Selain itu, hotel ini berdekatan dengan Stesen LRT Awan Besar. 

 

Author

Pilihan Editor