HomeBeritaViralIbu terkilan dakwa kecuaian pihak hospital sebabkan kematian anaknya

Ibu terkilan dakwa kecuaian pihak hospital sebabkan kematian anaknya

CYBERJAYA: Seorang wanita baru-baru ini mendakwa kematian anaknya disebabkan kecuaian pihak hospital.

Wanita yang dikenali sebagai Suzieyana Shariff menerusi TikToknya mendedahkan anak lelakinya sedang mengerjakan solat Asar secara tiba-tiba mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia.

Ceritanya Suzieyana, segalanya bermula apabila anaknya yang bernama Iman diberikan suntikan ubat antibiotik oleh jururawat bertugas.

“Perhatikan tangan yang ada tiub biru, segalanya bermula di situ. Permulaannya jarum di tangan itu hanya bengkak kerana air yang tak masuk.

“Tiba masa 11 malam Iman kena bangun sebab nak masuk ubat antibiotik, ubat ni memang sakit bila masuk. 

“Tapi kuasa Allah nak tunjuk, ubat tak dapat masuk habis sebab jarum dekat tangan tu bengkok.

Nurse buka jarum dan beri oksigen, tetapi tak semena-mena muka dan tangan Iman jadi bengkak,” dakwanya.

Sehubungan itu, wanita itu terus memanggil jururawat bertugas dan mereka terus membawa anaknya ke sebuah bilik lain.

“Dalam masa 15 minit, doktor keluar dari bilik dan bertanya mummy ada bagi Iman makan apa sampai jadi macam ni, sedangkan mummy hanya bagi makan makanan hospital sebelum Iman tidur.

“Doktor time tu mati akal untuk bercakap dan bila Iman keluar dari bilik tu tangan Iman dah jadi ungu dan bengkak.

“Sekali lagi ada hal yang terjadi selepas itu, 6 pagi Iman kena gerak dengan nurse sebab nak ambil darah untuk diorang cari punca yang terjadi malam semalam,” tambahnya.

Dakwa Suzie lagi, doktor bertugas terbabit memaklumkan akan menghentikan pemberian ubat antibiotik selama 24 jam namun, mereka tetap memberikan ubat antibiotik tersebut.

“Selepas Asar mummy terdengar suara Iman menjerit cakap sakit, mummy terus berlari naik atas dan tengok Iman tengah duduk tahiyat akhir sambil pegang leher seolah-olah mencari nafas.

Mummy panic bertanya nurse kenapa Iman, nurse dengan kelam kabut bagitau baru masuk antibiotik terus dia jadi sesak nafas dan segalanya berakhir di situ.

“Ternyata doktor beri arahan lagi untuk bagi antibiotik yang sama masa Iman alergik malam tu,” dakwanya.

Author

Pilihan Editor