HomeBeritaID boleh ditiru, penganalisis cadang guna sistem 'food stamps' peroleh barangan subsidi

ID boleh ditiru, penganalisis cadang guna sistem ‘food stamps’ peroleh barangan subsidi

CYBERJAYA: Kerajaan disaran mengaplikasikan sistem food stamps atau baucar makanan untuk rakyat yang layak mendapatkan barangan subsidi bersasar pada masa akan datang.

Penganalisis ekonomi, Dr Baayah Baba berkata, sistem berkenaan juga sudah lama dilaksanakan di Amerika Syarikat (AS) bagi tujuan sama.

“Individu yang benar-benar layak sahaja akan diberi food stamps untuk menebus barang keperluan asas,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Baayah

Terdahulu, Fuziah Salleh berkata, hanya individu yang memiliki pengenalan diri khas (ID) dan disahkan layak boleh mendapatkan minyak masak berpeket melalui subsidi bersasar, yang dijangka diperkenalkan tahun depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu berkata, perkara berkenaan penting bagi memastikan barangan keperluan disasarkan kepada golongan yang memerlukan, selain tidak berlaku penjualan kepada pihak tidak berkelayakan.

Fuziah berkata, kad pengenalan atau MySejahtera tidak digunakan disebabkan keperluan keluarga tidak sama dengan keperluan peniaga mikro.

Meskipun bersetuju dengan langkah tersebut, Baayah turut mempersoalkan kaedah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan sekiranya ada pihak yang akan meniru ID tersebut.

“Selain untuk pembelian minyak masak berpeket, ID tersebut juga boleh digunakan untuk barangan subsidi lain.

“Namun, terdapat keperluan untuk memikirkan bagaimana kad itu dihasilkan dan cara pelaksanaannya,” tambahnya.

Author

Pilihan Editor