HomeBeritaJerebu: Cheras, kawasan tertinggi catat IPU tidak sihat

Jerebu: Cheras, kawasan tertinggi catat IPU tidak sihat

CYBERJAYA: Sebanyak lapan kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat dengan Cheras di sini merekodkan 157, yang tertinggi setakat 11 pagi ini.

Berdasarkan bacaan di laman Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, terdapat lima kawasan di Selangor yang mencatatkan IPU melebihi 100 iaitu Banting (156), Klang (155), Petaling Jaya (143) serta Shah Alam dan Johan Setia masing-masing mencatatkan 153.

Sementara itu di Negeri Sembila pula, kawasan Nilai direkodkan bacaan IPU 151, manakala Bukit Rambai, Melaka 153.

Dalam pada itu, sejumlah 56 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100), manakala empat kawasan lain mempunyai bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Untuk makluman, bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU akan dikemas kini pada setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Author

Pilihan Editor