HomeGaya HidupJom semak! Adakah anda ‘letih’ atau sebenarnya ‘penat’?

Jom semak! Adakah anda ‘letih’ atau sebenarnya ‘penat’?

PERNAHKAH anda berasa seolah-olah tak mahu lakukan apa-apa kerana terlalu ‘penat’?

Adakah anda pasti bahawa badan anda sememangnya penat atau cuma letih dengan kehidupan seharian?

Macam mana nak bezakan penat dengan letih ini?

Menurut Ketua Institut Sleep and Circadian Neuroscience di Universiti Oxford, Profesor Russell Foster kepenatan boleh diubati dengan tidur yang cukup namun, keletihan tidak dapat diubati dengan tidur semata.

“Ia juga biasanya merupakan petanda masalah kesihatan yang mungkin anda tidak tahu.

“Sekiranya anda mendapat tidur yang cukup tetapi bangun dengan rasa lesu yang kronik dan tidak dapat meneruskan urusan harian dengan baik, dapatkan nasihat doktor,” katanya memetik portal Relevan.

Dalam pada itu, Profesor Foster menegaskan bahawa ramai pakar menasihatkan untuk mendapatkan purata jam tidur yang sihat.

Malah, menurutnya banyak kajian telah mengatakan sekiranya tempoh tidur lebih atau kurang daripada lapan jam, anda akan mempunyai jangka hayat yang berkurangan.

“Namun, kebanyakan kajian tersebut tidak melihat status kesihatan responden.
“Jika anda mengalami keletihan iaitu penanda kesihatan yang tidak baik, anda mungkin akan tidur lebih banyak.

“Jika anda tidak cukup tidur, ia mungkin disebabkan oleh pelbagai perkara termasuklah kesakitan atau masalah kesihatan yang tidak dapat dikawal. Jadi, tidak semua kajian berguna,” jelasnya.

Berikut merupakan antara masalah kesihatan yang mungkin membuatkan anda kepenatan atau keletihan:

Kekurangan nutrien
Kekurangan nutrien seperti zat besi, riboflavin (vitamin B2), vitamin D, vitamin C dan magnesium berkait rapat dengan keletihan.
Kebiasaannya, keletihan yang berkaitan dengan kekurangan satu atau lebih nutrien bertambah baik apabila tahap nutrien anda menjadi normal.

Stres
Walaupun stres adalah perkara biasa, stres yang kronik boleh menyebabkan keletihan. Malah, ia boleh membawa kepada stress-related exhaustion disorder (ED) iaitu keadaan kesihatan yang berkaitan dengan psikologi dan fizikal.
Tambahan pula, tekanan kronik boleh menyebabkan perubahan struktur dan fungsi dalam otak anda dan menyebabkan keradangan kronik yang menyumbang kepada gejala seperti keletihan.

Masalah kesihatan lain
Jika anda mengalami keletihan kronik yang tidak dapat dijelaskan, anda harus mendapatkan nasihat doktor.
Mereka mungkin mengesyorkan beberapa ujian untuk mengenal pasti punca keletihan seperti apnea tidur, hipotiroidisme, kanser, sindrom keletihan kronik, penyakit buah pinggang dan kemurungan.

Author

Pilihan Editor