HomeBeritaJualan rusa, kuda, kerbau, itik dan arnab mulai esok - Taman Botani...

Jualan rusa, kuda, kerbau, itik dan arnab mulai esok – Taman Botani Negara Shah Alam

CYBERJAYA: Taman Botani Negara, Shah Alam (TBNSA) akan melaksanakan tawaran jualan bagi tujuan pelupusan haiwan membabitkan lima jenis haiwan mulai esok hingga Rabu depan.

Pengarah TBNSA, Siti Zubaidah Mohamad berkata, jualan itu membabitkan 41 ekor rusa Timorensis, enam kuda Sembawa, seekor kerbau, 13 itik serati serta 18 ekor Arnab.

“Haiwan akan dijual tertakluk kepada harga jualan. Pembeli yang berminat hendaklah menjelaskan bayaran penuh pada hari pembelian haiwan.

“Haiwan hendaklah diambil pada hari pembelian (setelah pembayaran penuh dijelaskan).

“Pembayaran hendaklah dalam bentuk tunai / Draf Bank sahaja atas nama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Pembelian tanpa pembayaran tidak akan dipertimbangkan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Tambah beliau, kesemua haiwan adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis).

“Semua perbelanjaan berkaitan pembelian haiwan seperti kos mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.

“TBNSA tidak akan bertanggungjawab ke atas haiwan yang sudah dijual,” maklumnya.

Jelasnya, syarikat atau orang perseorangan yang berminat membeli haiwan berkenaan dipelawa berbuat demikian dengan menghubungi pihak TBNSA untuk temujanji.

“Sila berhubung dengan Penolong Pegawai Pertanian, Syamsul Idris Saleh (019-2737613) atau Penolong Pegawai Tadbir, Mohamad Izuan Mat Zaly ( 013-4405925) untuk sesi lawatan / maklumat lanjut,” katanya.

Author

Pilihan Editor