HomeBeritaKanak-kanak, dua lelaki maut pikap tenggelam dalam tasik

Kanak-kanak, dua lelaki maut pikap tenggelam dalam tasik

 

BINTULU: Kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia lima tahun bersama dua lelaki tempatan berusia 33 dan 34 tahun maut apabila pikap dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung dan tenggelam di dalam tasik di Batu 69, Simpang Pelugau, Tatau di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan kira-kira pukul 1.18 petang semalam dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau dan Selangau digerakkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi mendapati Toyota Hilux terbabit telah ditarik ke darat menggunakan jengkaut. Didapati ada mangsa telah terkeluar dari kenderaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mangsa pertama iaitu kanak-kanak warga Indonesia dijumpai di dalam kenderaan terbabit.

Menjelas lanjut, beliau berkata, pasukan bomba seterusnya membuat pencarian dua lagi mangsa di dasar danau.

“Mangsa kedua dijumpai pada pukul 3.30 petang manakala mangsa ketiga dijumpai pada pukul 4.28 petang. Semua mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik di lokasi kejadian,” katanya.

Katanya mayat kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Kosmo!

Author

Pilihan Editor