HomeGaya HidupKeluarga sendiri pun boleh jadi toksik, ini tandanya

Keluarga sendiri pun boleh jadi toksik, ini tandanya

PASTI setiap orang menginginkan lingkungannya dipenuhi dengan aura positif dan sentiasa menyokong penuh tanpa membantah apa jua keputusan yang dilakukan.

Namun, ia berbeza apabila ahli keluarga sendiri secara alami mempunyai ciri ciri toksik.

Baru-baru ini, kecoh mengenai isu kekeluargaan yang melanda salah seorang penyanyi popular negara kita.

Sehinggakan ada di antara netizen terbuka hati meluahkan bahawa dalam ahli keluarga mereka turut mempunyai sifat dengki dengan darah daging sendiri.

Malah, agak sukar untuk mengenali keluarga toksik dan mungkin anda tidak menyedari telah masuk ke dalamnya.

Tetapi apabila dibiarkan, anda akan sentiasa berada dalam tekanan negatif.

Oleh itu, jom kita kenal pasti apakah tanda-tanda keluarga toksik yang perlu anda awasi.

Tanda-tanda keluarga toksik:

  1. Memanipulasi anda untuk buat anda rasa bersalah
  2. Mereka merendahkan atau memalukan anda
  3. Kerap membanding-banding
  4. Enggan bertanggungjawab dengan kesilapan sendiri
  5. Penderaan fizikal, mental dan emosi
  6. Selalu memberi kritikan sehingga rasa rendah diri
  7. Menyebabkan bebanan ekonomi dan kewangan 

Public Health Malaysia menerusi aplikasi X berkata, perselisihan faham dalam kalangan ahli keluarga adalah satu perkara normal tetapi jika berlaku secara berterusan akan menyebabkan beban kesihatan mental yang parah.

Justeru, carilah seseorang yang anda percaya untuk meluahkan perasaan dan dapatkan bantuan jika memerlukan sokongan.

Author

Pilihan Editor