HomeBeritaKru kabin MYAirline ditawar jadi DJ Fly FM

Kru kabin MYAirline ditawar jadi DJ Fly FM

CYBERJAYA: Fly FM menawarkan semua kru kabin dari syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) untuk menjadi juruhebah di platform radio milik Media Prima Berhad itu.

Ketua Rangkaian Kandungan Fly FM, Sean Matjeraie berkata, pihaknya percaya tawaran itu merupakan peluang terbaik untuk mengasah kemahiran kru kabin menerusi cara yang serba baharu.

“Sudah tiba masanya untuk menjadi sebahagian daripada Fly magic!

“Sila hubungi kami melalui media sosial kami, WhatsApp di 017-2951144 atau hubungi kami di studio 03-7724 1144,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, MYAirline dalam kenyataan mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa pada Khamis sehingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu.

Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu berkata, keputusan penggantungan tersebut dibuat kerana tekanan kewangan menyebabkan operasi perlu digantung, sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

Ini sekali gus memberi kesan terhadap pelbagai pihak termasuk kakitangannya yang didakwa tidak mendapat gaji dan kehilangan pekerjaan.

Author

Pilihan Editor