HomeBeritaViral'Lain kali duduk kondo, ada parkir sendiri' - Wanita letak tong cup...

‘Lain kali duduk kondo, ada parkir sendiri’ – Wanita letak tong cup parkir dikecam netizen

CYBERJAYA: Isu cup parkir yang tiada kesudahan terutama di kawasan perumahan flat nyata membuatkan orang ramai tidak berpuas hati dengan sikap penduduk yang mementingkan diri sendiri.

Situasi ini boleh dilihat menerusi rakaman video ‘dashcam’ apabila seorang wanita keluar daripada keretanya lalu meletakkan sesuatu di ruangan parkir tanda ianya dimiliki oleh penghuni blok terbabit.

Video tular di aplikasi X @nanmanjoi8715 memaparkan pemilik kereta jenis Perodua Kenari dengan selamba meletakkan sesuatu di ruangan parkir walaupun mengetahui terdapat kereta lain sedang menunggu untuk parkir di situ.

Susulan itu, pemilik video terus menegur wanita itu dengan mengatakan ruangan parkir tidak boleh sesuka hati dicup sesiapa walaupun memiliki rumah di kawasan itu.

“Tak bolehlah cup-cup parkir macam tu. Kalau dah keluar tu siapa cepat dia dapatlah,” katanya dalam video.

Namun begitu, wanita itu dilihat tidak mempedulikan teguran daripada lelaki itu dan terus meletakkan tong di ruangan parkir sebelum masuk ke dalam kereta miliknya.

Bengang dengan sikap wanita terbabit, lelaki itu sekali lagi menyelar tindakan wanita itu.

“Lain kali duduk kondo, ada parking sendiri. Jangan duduk flat cup-cup parking macam ni,” selarnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net mengecam tindakan pemilik kereta Kenari itu.

Lain Kali amik no plate kereta tu and buat aduan, video dah ada, now ada akta isu cup parking ni beware beruk-beruk sekalian yang suka cup parking ni,” komen netizen.

“Gigihnya cup parking. Amik tong putih letak jauh-jauh biar orang lain masuk parking situ. Then amik no plat kereta tu then buat report,” tulis netizen.

“Penguatkuasa kena tegas lah benda ni. Aku tengok ni benda ni dah jadi habit dekat mana mana tempat. Sita/saman/towing terus penduduk yang perangai macam ni. Dekat Johor ni pun sama,” tegas netizen.

Sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan perbuatan cup parkir seperti meletak kerusi, motosikal, kon, pasu bunga, berdiri atas petak parkir dan sebagainya merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan, atau kedua-keduanya.

Author

Pilihan Editor