HomeBeritaLelaki, 'perempuan' solat jemaah satu saf, Jakim tampil beri penjelasan

Lelaki, ‘perempuan’ solat jemaah satu saf, Jakim tampil beri penjelasan

CYBERJAYA: Tular sebuah video baru-baru ini memaparkan jemaah solat yang bercampur saf antara lelaki dan wanita sehingga mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan, video tersebut diyakini telah dirakam dan disiarkan oleh salah seorang peserta program Kem Ibadah Nusantara baru-baru ini.

Menurut Jakim, kem berkenaan diadakan di Cameron Highland anjuran bersama Jakim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Persatuan Insaf Pahang (NGO Komuniti Hijrah LGBT) dan beberapa agensi dan institut pendidikan tinggi (IPT) lain.

“Peserta adalah majoriti kumpulan transgender yang hadir secara sukarela. Ada yang sudah berhijrah dan ada yang dalam proses berhijrah.

“Ada juga dalam kalangan mereka yang masih mirip rupa paras dan penampilan serta pakaian seorang wanita,” maklum Jakim dalam satu kenyataan.

Jakim turut menjelaskan, ketika solat berjemaah, kelihatan berlaku pencampuran jantina kerana golongan mak nyah masih dikira lelaki mengikut jantina asalnya.

“Proses untuk mendidik dan membetulkan cara hidup mereka mengambil sedikit masa. Mohon sama-sama kita doakan,” maklumnya.

Author

Pilihan Editor