HomeBeritaMeriahkan program 'Sepang Berselawat' di Cyberjaya Sabtu ini!

Meriahkan program ‘Sepang Berselawat’ di Cyberjaya Sabtu ini!

JOM meriahkan program Selawat Perdana “Sepang Berselawat” pada 7 Oktober 2023 di Dewan Serbaguna Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Program anjuran Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) dengan kerjasama Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya dan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang itu diadakan bersempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sepang Tahun 2023.

Pelbagai aktiviti menarik dirancang sepanjang program seperti Tea Talk bersama Ustazah Da’i Nur Hidayu; Perarakan Maulidur Rasul; Persembahan Nasyid daripada Kumpulan Inteam Qasidah dan Alunan Selawat dari Kumpulan Mahabbah D Itqan.

Malah, turut diadakan Karnival Masjid yang meliputi aktiviti santai seperti Forum Perdana Maulidur Rasul; Pertandingan Khutbah; Pertandingan Khat; Aktiviti Berkuda: Aktiviti jualan dan pameran serta banyak lagi!

Untuk makluman, program Selawat Perdana yang diadakan ini merupakan tahun ke-5 penganjurannya oleh pihak MP Sepang bermula pada tahun 2019 dan kemasukan adalah percuma.

Author

Pilihan Editor