HomeBeritaViral'Patung David tak sama dengan patung Apollo' - Wanita ini kongsi perbezaan...

‘Patung David tak sama dengan patung Apollo’ – Wanita ini kongsi perbezaan dua patung itu

BEBERAPA hari ini, kecoh di media sosial mengenai isu seorang pempengaruh TikTok menjadikan patung Apollo sebagai hiasan dalaman rumahnya sehingga mengundang kecaman netizen.

Pada mulanya, warga net mendakwa patung hiasan yang terdapat di ruang tamu dan bilik tidur pempengaruh tersebut merupakan patung ‘dewa’ David.

Namun setelah diselidik, patung itu merupakan patung dewa Yunani, Apollo yang cukup sinonim dijadikan sebagai perhiasan rumah.

Menurut seorang pengguna TikTok, @dyamohamad90, patung David diukir oleh artis Itali yang sangat popular pada abad ke-16 iaitu Michelangelo.

“Patung David ni pertama kalinya telah ditempatkan di Itali lah obviously dengar baik-baik patung David ni sebenarnya dicipta menggambarkan Raja David.

“Siapakah Raja David ni, Raja David seorang yang tidak pandai berperang. Dia sanggup mengorbankan diri dia untuk melawan raksasa bagi menyelamatkan Israel. 

“Dan kalau korang nak tahu Michelangelo tu beragama Yahudi,” kongsinya.

Manakala, patung Apollo pula merupakan dewa muzik, ramalan, panahan, penyembuhan dan juga dewa kepada lelaki yang belum berkahwin. 

“Sekarang korang jangan confuse patung David tak sama tau dengan patung Apollo, patung Apollo ni pula melambangkan dewa yunani. Yunani adalah sebuah negara di tenggara Eropah.

“Sebagai orang Islam tak elok lah nak simpan patung dekat rumah kan patung Apollo ke patung David ke tak kisahlah walaupun niat engkau adalah untuk seni sebab niat tidak menghalalkan cara,” jelasnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju bahawa replika itu tidak sesuai dijadikan sebagai perhiasan rumah.

“Bukan setakat patung tu, gantung frame yang bernyawa seperti manusia dan haiwan pun tak boleh. Alhamdulillah dapat ilmu pasal patung 2 ketul tu,” tulis netizen.

“Niat tidak menghalalkan cara itu saya sangat sangat sangat setuju. Jangan lah kerana seni jiwa tak tahu menilai,” selar netizen.

“Patung apa pun, orang Islam jangan buh dalam rumah… aish,” komen netizen.

Author

Pilihan Editor