PASUKAN Merseyside, Liverpool telah menerima rakaman audio pembantu pengadil video (VAR) yang membatalkan gol pemain sayap mereka, Luis Diaz ketika mereka tewas dalam aksi menentang Tottenham.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium White Hart Lane pada Sabtu lalu, gol yang dijaringkan oleh Luis Diaz itu telah dibatalkan akibat kesilapan komunikasi antara pegawai VAR, Darren England dan pengadil di atas padang, Simon Hooper.
https://twitter.com/FabrizioRomano/status/1709261938348171301?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1709261938348171301%7Ctwgr%5E26239a92d8fd50af82d2900d3e7aa2405242eebc%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.stadiumastro.com%2Fbola-sepak%2Fliverpool-terima-rakaman-audio-var-gol-luis-diaz-yang-dibatalkan-246561
Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) dalam kenyataannya mengaku bahawa terdapat kesilapan manusia yang ketara berlaku pada perlawanan tersebut yang sepatutnya gol diberikan melalui campur tangan VAR.
Berikutan insiden gol Luis Diaz tersebut, England dan pembantunya VAR, Daniel Cook tidak dipilih untuk mengendali perlawanan Liga Perdana Inggeris pada hujung minggu ini.