HomeBeritaRemaja 14 tahun maut digilis lori simen

Remaja 14 tahun maut digilis lori simen

ARAU: Seorang pelajar Tingkatan Dua maut digilis lori simen susulan motosikal dinaikinya terbabas dan melanggar kenderaan terbabit di Guar Nangka, semalam.

Mangsa, Aphisith E Wang, 14, dipercayai menunggang motosikal dari arah Panggas menuju ke Kok Klang, Chuping namun terlibat dalam nahas jam 4.20 petang.

Pemangku Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, pada masa sama sebuah treler dari arah sama turut menuju ke Kok Klang.

“Tiba di sebuah simpang tiga Jalan Guar Nangka berhampiran Pusat Koreksional Perlis, lori berkenaan membelok ke kiri menuju ke Kok Klang dan mangsa dipercayai berada di sebelah kiri lori berkenaan gagal mengawal motosikalnya menyebabkannya melanggar penjuru kiri hadapan treler itu.

“Impak rempuhan menyebabkan mangsa terjatuh dan terperosok bawah lori sebelum digilis,” katanya memetik laporan Berita Harian pada Khamis.

Maklumnya lagi, mangsa yang tinggal di Kampung Siam, Guar Nangka meninggal dunia di tempat kejadian.

Susulan itu, beliau turut memaklumkan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Author

Pilihan Editor