KEHIDUPAN sebagai seorang pelajar boleh dikatakan agak sukar selain daripada mengerah otak untuk belajar, ada sebilangan terpaksa mengikat perut kerana kekurangan wang untuk makan.
Realiti itu membuatkan seorang pensyarah universiti berasa sayu apabila mengenangkan nasib pelajarnya yang hanya makan sekali sehari disebabkan harga makanan terlalu mahal.
Pensyarah, Abdul Rahman Bahasa menerusi TikToknya berkata, perkara tersebut merupakan realiti yang terpaksa ditanggung para pelajar zaman sekarang.
Pada mulanya, Abdul Rahman berbual bersama rakannya yang juga pensyarah. menurut rakannya, rata-rata pelajar universiti tidak mengambil sarapan pagi.
Rakannya itu turut meminta Abdul Rahman untuk membeli makanan di sebuah kafe dalam universiti tersebut bagi mengetahui kebenaran.
“Aku pun try makan dekat aked (kafe), aku ambil satu ketul ayam kicap, satu keping telur dadar dan teh ais. Semuanya RM9,” kongsinya.
Tambah pensyarah tersebut, selepas dikira-kira, seorang pelajar perlukan sekurang-kurangnya RM270 untuk sekali makan selama sebulan.
“RM9 sekali makan… 30 hari dah RM270.
“Okay… now I understand why students skip breakfast. Tu baru kos makan? How about other cost,” luahnya.
Menjengah di ruangan komen, ramai pelajar mengakui mereka turut menghadapi situasi yang sama sepanjang bergelar pelajar.
“Skip breakfast… lunch makan lewat petang, malam tak, sampailah esok ulang benda sama,” komen netizen
“Zaman study dulu time weekend makan sehari sekali je,aku penuhkan masa dengan tidur sepanjang hari untuk hilangkan rasa lapar,” luah netizen.
“Setiap kali dapat call parent tanya duit ada tak, mesti jawab ada tapi realiti student je tahu,” kongsi netizen.