BEKAS pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui keputusan kelab itu menandatangani semula Cristiano Ronaldo tidak menjadi seperti yang diharapkan.
Solskjaer bertanggungjawab ketika United membawa pulang pemenang Ballon d’Or lima kali itu ke Old Trafford dalam perpindahan yang mencetuskan fenomena pada Ogos 2021. – Berita Harian
Ketika itu, perpindahan berkenaan dilihat berpotensi untuk menjadikan skuad The Red Devils sebagai pencabar utama gelaran Liga Perdana Inggeris selepas berada di tempat kedua pada musim sebelum itu.
Bagaimanapun, ia tidak menjadi seperti yang diharapkan apabila United bergelut dengan prestasi tidak menentu yang menyaksikan Solskjaer kemudiannya dipecat pada November tahun yang sama.