HomeSukanTengku Zafrul makin hampir ketuai BAM

Tengku Zafrul makin hampir ketuai BAM

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai siapakah pengganti Tan Sri Mohammad Norza Zakaria sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tampak semakin menemui jawapan.

Ia selepas BAM dalam satu hantaran hantaran mengumumkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz secara sebulat suara dipilih bagi menggantikan Norza dalam satu mesyuarat ahli majlis hari ini.

“Majlis sebulat suara bersetuju untuk memilih Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz sebagai Presiden BAM yang baharu, menggantikan Tan Sri Mohamad Norza.

“Garis masa terperinci akan dibincangkan secara dalaman dan diumumkan pada mesyuarat Majlis seterusnya pada Disember 2023,” kata BAM dalam hantaran di aplikasi X, hari ini.

Dalam pada itu, BAM turut mengumumkan Jeffer Rosobin sebagai ketua jurulatih remaja kebangsaan selain Rexy Mainaky diangkat sebagai Pengarah Kejurulatihan baharu. – Berita Harian

Author

Pilihan Editor