HomeBeritaViralTiga kali ‘try’, akhirnya lelaki ini berjaya dapatkan nombor telefon gadis comel

Tiga kali ‘try’, akhirnya lelaki ini berjaya dapatkan nombor telefon gadis comel

GARA-GARA cinta pandang pertama, seorang pemuda sanggup mencuba pelbagai cubaan semata-mata untuk mendapatkan nombor telefon wanita yang diminatinya.

Pemuda yang dikenali sebagai Ejaz menerusi TikToknya berkata, dia mula menaruh perasaan kepada seorang gadis yang juga anak kepada penjual popia serta nasi lemak.

Ejaz memulakan cubaan pertama dengan mengikuti cadangan salah seorang pengikutnya yang menyuruhnya menyelit sekeping kertas berserta nombor telefon sewaktu ingin membuat bayaran.

Namun, cubaan kali pertamanya gagal selepas kertas tersebut tercicir ke dalam bakul nasi lemak sebelum ditegur oleh bapa kepada gadis berkenaan.

“Kertas tu boleh tercicir jatuh dekat dalam bakul nasi lemak, saya mungkin tak perasanlah masa tu sebab saya hulur je.

“Harapnya lah anak pak cik mak cik tu tengok, eh tiba pak cik tu panggil aku katanya ni kertas jatuh.

“Lepastu saya cepat-cepatlah cakap kat pak cik tu kertas saya jatuh. Tu nombor orang jual gas.

“Aku tak tahu nak cover macam mana, anak dia tengok je,” ceritanya.

Enggan berputus asa, selang sehari selepas hari kejadian, Ejaz datang semula ke gerai tersebut untuk membeli makanan yang dijual.

Kali ini, Ejaz menebalkan muka meminta nombor telefon gadis itu dengan alasan ingin membuat tempahan nasi lemak dan beberapa jenis kuih lain untuk jamuan di tempat kerja.

Bagaimanapun, cubaan keduanya turut gagal apabila gadis berkenaan memberikan nombor telefon bapanya untuk urusan tempahan.

“Saya pon cakaplah kat pak cik tu nak order 40 nasi lemak bla bla… benda tu kita buat cerita je sebenarnya tak nak order pun. 

Last nya ak bayar depolah untuk buat tempahan nasi lemak dengan donat bagai.

“Tapi yang the best thing is pak cik tu cakap esok pagi anak dia datang hantar kat rumah esok.

“Sekurang-kurangnya dia tahu lokasi rumah, pak cik tu boleh meminang… eh apa pula perempuan merisik lelaki,” ceritanya sambil berseleroh.

Sementara itu, Ejaz memberitahu selepas perjumpaan bersama gadis itu, dia terpikat dengan penampilan dan perwatakannya yang  dirasakan sangat comel.

“Suara dia lembut dan comel. Muka tak make up, serius dia cantik,” kongsinya.

Tidak melepaskan peluang, Ejaz terus meminta nombor telefon gadis itu dengan alasan tak nak mengganggu ayahnya pada waktu malam.

“Kemudian saya minta nombor telefon dia sebab senang nak repeat order.

“Takut chat ayah awak mengganggu pula waktu malam sebab saya kerja siang, malam balik lewat kononnya. Kalau boleh saya contact awaklah,” katanya lagi.

Tanpa disangka-sangka, gadis itu dengan senang hati memberikan nombor telefonnya.

Akhirnya, cubaan kali ketiga Ejaz berjaya namun, dia memikirkan cara untuk memulakan perbualan bersama gadis itu agar tidak kelihatan janggal.

Author

Pilihan Editor