PETALING JAYA: Pengerusi dan CEO Meta, Mark Zuckerberg dikritik hebat oleh orang ramai apabila kenyataan beliau menyokong rejim Zionis baru-baru ini.
Menerusi hantaran dimuat naik Sada Social Ps di aplikasi X itu, Zuckerberg mengumumkan beliau berpihak kepada tentera Israel dan akan mengetatkan kandungan perihal Palestin di Facebook.
Pusat Sosial Sada dimaklumkan mengenai piawaian berganda yang dilakukan oleh Meta berhubung kandungan Palestin kerana mereka menutup mata terhadap kandungan Israel yang dipenuhi dengan unsur negatif.
Rata-rata pengguna menyuarakan kekecewaan mereka mengenai isu ini.
“Patutlah Facebook susah nak dapat ‘info’ tentang Palestin,” ujar bornfeb92.
Tindakan berani pengerusi Meta itu telah membuat orang ramai memboikot aplikasi Meta yang lain (Facebook, WhatsApp dan Instagram).
“Dia pun dah buat laporan #FreePalestine di Instagram. Mungkin kita boleh bagi penilaian rendah di ‘playstore’,” kata Waniijaizan.
Bagaimanapun, ada juga rata-rata pengguna mengajak orang ramai menggunakan aplikasi tersebut dengan cara menyebarkan keamanan.
“Sungguh menyedihkan melihat CEO teknologi menyokong pencerobohan dan keganasan. Sebaliknya, kita boleh gunakan platform itu untuk mempromosikan keamanan, persefahaman dan empati,” kata seorang pengguna laman sosial. – Kosmo!