HomeSukanTMJ tawar Stadium Sultan Ibrahim untuk final Pestabola Merdeka

TMJ tawar Stadium Sultan Ibrahim untuk final Pestabola Merdeka

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri untuk digunakan bagi aksi final Pestabola Merdeka pada Selasa ini.

Tunku Ismail berkata, terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membuat keputusan dan SSI bersedia untuk digunakan menjelang aksi final melibatkan Malaysia menentang Tajikistan.

“FAM kalau nak pakai SSI cakap, saya siapkan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya.

Stadium Nasional, Bukit Jalil yang mendapat padang baharu selepas ditanam rumput Zeon Zoysia menerima kritikan selepas rumput tersebut tercabut di beberapa bahagian dalam perlawanan Malaysia menentang India pada Jumaat. – Sinar Harian

Author

Pilihan Editor