HomeTeknologiX perkenalkan Community Notes bantu sekat berita palsu

X perkenalkan Community Notes bantu sekat berita palsu

APLIKASI X kini tampil memperkenalkan Community Notes dengan fungsi menambah nota konteks pada ciapan yang dihantar dalam platform bagi menyelesaikan masalah penyebaran maklumat palsu.

Pemiliknya, Elon Musk mengumumkan ciapan X yang telah dibetulkan oleh Community Notes tidak layak untuk menerima pendapatan, lapor Amanz.

Beliau turut menyatakan bahawa pengguna tidak boleh menyalahgunakan ciri ini jika ada yang berniat untuk menghalang pencipta kandungan menerima pendapatan.

Secara tidak langsung menerusi kemas kini ini, X menjadi platform yang hanya mempunyai maklumat tepat dan tidak membayar pencipta kandungan yang cuba menyebabkan kekecohan.

Namun, pelanggan X Premium masih boleh menjana pendapatan sekiranya mempunyai impresi yang mencapai lima juta dalam masa tiga bulan serta mempunyai sekurang-kurangnya 500 pengikut.

Author

Pilihan Editor