HomeBeritaAnak tertinggal dalam kereta, stesen radio tolong ingatkan pendengar - PHM

Anak tertinggal dalam kereta, stesen radio tolong ingatkan pendengar – PHM

CYBERJAYA: Stesen radio disarankan untuk mengingatkan para pendengar khususnya ibu bapa mahupun penjaga tentang tugas menghantar anak ke taska atau menyerahkan kepada pengasuh sebelum ke tempat kerja.

Saranan itu dikongsikan Public Health Malaysia (PHM) menerusi Facebook rasminya susulan terdapat banyak kes dilaporkan berhubung isu kecuaian ibu bapa atau penjaga yang tertinggal anak di dalam kereta sehingga mengakibatkan kematian.

“Boleh la start esok. Semakin kerap berlaku kes lupa anak dalam kereta.

“Radio boleh main peranan untuk mengingatkan pendengar. Bersama kita kurangkan kes anak tertinggal di dalam kereta,” tulis PHM ringkas.

Poster pesanan ringkas yang dimuat naik PHM menerusi laman Facebook rasminya

Terdahulu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan akan mengetatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ke atas Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) dengan mewajibkan operator menghubungi ibu bapa sekiranya anak-anak tidak hadir ke pusat jagaan berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pelaksanaan itu dibuat bagi membantu ibu bapa lebih peka terhadap keberadaan anak-anak mereka.

Malah, menerusi SOP sama, ibu bapa yang menghantar anak-anak ke taska turut diingatkan supaya meninggalkan nombor telefon mereka atau ahli keluarga terdekat supaya sentiasa dapat dihubungi.

Author

Pilihan Editor