HomeBeritaMahkamah & JenayahAncaman bom palsu meningkat 37 kes

Ancaman bom palsu meningkat 37 kes

PETALING JAYA: Sebanyak 37 laporan direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung ancaman bom palsu membabitkan sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan (KPM), sekolah antarabangsa dan sekolah swasta di seluruh negara, hari ini.

Daripada Jumlah itu, laporan tertinggi direkodkan di Selangor dengan 15 ancaman bom palsu diikuti Johor dan Kuala Lumpur (masing-masing enam laporan), Pulau Pinang (tiga laporan), Perak dan Negeri Sembilan (dua laporan), Sarawak, Kedah dan Sabah (masing-masing satu laporan).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebanyak 28 ancaman dibuat melibatkan sekolah antarabangsa diikuti sekolah swasta (tujuh) dan sekolah kelolaan KPM (dua).

“Kesemua ancaman ini dihantar menerusi emel taktstorrer@beeble.com kepada email sekolah terlibat,” katanya di sini.

Kelmarin, Razarudin berkata, ancaman itu dihantar melalui dua akaun emel menggunakan nama ‘taktstorer’ dalam bahasa Jerman yang bermaksud ‘pengganggu ketenteraman’ daripada penyedia perkhidmatan emel beeble.com.

Kata beliau, ancaman tersebut telah dihantar melalui dua akaun emel menggunakan nama ‘taktstorer’ dari bahasa jerman yang bermaksud ‘pengganggu ketenteraman’ dari penyedia perkhidmatan emel beeble.com.

Sebaik sahaja dimaklumkan mengenai penerimaan emel ancaman, PDRM dengan kerjasama sekolah-sekolah yang terlibat telah segera mengambil tindakan bagi mengosongkan premis-premis yang terlibat.

Tindakan pembersihan keselamatan (security flushing) bom telah dijalankan secara rapi oleh elemen-elemen PDRM di semua lokasi yang terlibat. Namun tiada sebarang ancaman yang dikesan.

Dalam kes ini, siasatan mendapati emel ancaman adalah palsu dan tiada bukti kewujudan risiko bom di mana-mana sekolah seperti didakwa.

Siasatan menunjukkan kedua-dua alamat emel yang digunakan bagi menghantar ancaman baru dicipta dan tidak pernah digunakan di mana-mana servis internet.

Kandungan asal email ancaman adalah dalam bahasa inggeris yang diterjemahkan ke dalam bahasa malaysia menggunakan aplikasi penterjemah.

Kandungan emel yang sama dikesan turut pernah dihantar ke 70 buah sekolah di jamaica pada 12 november lalu melalui penyedia perkhidmatan emel yang sama.

Ujar beliau, siasatan turut menjurus sama ada insiden di Malaysia mempunyai kaitan dengan kejadian di Jamaica yang dipercayai didalangi seorang individu bermasalah.

Suspek dipercayai mungkin pernah mengalami penderaan ketika zaman kanak-kanak dan kurang perhatian namun mempunyai kepakaran dalam bidang perisian komputer untuk melindungi identitinya.

Kes disiasat di bawah Seksye 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama.

Siasatan juga mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan lain-lain. – Utusan

Authors

Pilihan Editor