HomeGlobalBeruang lapar pecah masuk kereta, rembat coklat M&M

Beruang lapar pecah masuk kereta, rembat coklat M&M

KEADAAN di dalam sebuah kereta rosak teruk, selepas dipecah masuk oleh seekor beruang yang kelaparan dalam kejadian di Colorado, Amerika Syarikat (AS) bulan lalu.

Sebuah video tular memaparkan, haiwan buas itu bukan sahaja merosakkan tempat duduk pemandu dan penumpang, malah papan pemuka kenderaan tersebut turut menjadi sasaran.

Lebih teruk, beruang terbabit turut meninggalkan najisnya di tempat duduk penumpang bahagian belakang.

Difahamkan, ia memasuki kereta tersebut selepas terhidu bau makanan dan berjaya mendapatkan sebungkus gula-gula coklat berjenama M&M.

Video sama turut memaparkan anggota pihak berkuasa bertindak mengejar dan menghalau haiwan terbabit dari lokasi kejadian, lapor NDTV.

Insiden di Littleton itu berlaku pada 15 Oktober lalu, namun tular sejak 21 November lepas.

“Lihat apa yang beruang boleh lakukan kepada kereta apabila ia lapar dan menghidu makanan yang tertinggal di dalamnya,” tulis Taman Colorado dan Hidupan Liar Wilayah Timur Laut menerusi hantaran di laman X.

Menurut taman itu, anggotanya berjaya menghalau haiwan terbabit jauh dari kenderaan itu menerusi teknik pengasapan.

Author

Pilihan Editor