HomeBeritaViral'Buang lah kopiah tu'- Penyokong buat hal siku pemain dikecam netizen

‘Buang lah kopiah tu’- Penyokong buat hal siku pemain dikecam netizen

CYBERJAYA: Baru-baru ini, tular video memaparkan seorang penyokong bola sepak menyiku seorang pemain bola sepak sehingga mengundang kecaman warga net.

Menerusi video tular, kelihatan pemain bola sepak berlari ke arah tempat duduk penonton untuk meraikan gol.

Pada awalnya, pemain berkenaan gembira dengan jaringan yang dicetaknya sehingga berlari ke kawasan luar padang untuk meraikan dengan penyokong.

Namun begitu, ketika pemain itu ingin kembali ke padang semula, seorang penonton berkopiah bangun lalu menyiku kepala pemain terbabit.

@abe.wea

penyokong problem#jerantutpahang #jerantutkampungku

♬ original sound – Syed Azwan Al Yahya – Syed Azwan Al Yahya

Walau bagaimanapun, pengadil dan rakan sepasukan pemain itu turut datang menyelamatkan pemain berkenaan.

Rata-rata penonton terkejut melihat kejadian itu dan menarik lelaki berkopiah agar bertenang sebelum bertindak lebih agresif.

Kejadian difahamkan berlaku ketika perlawanan separuh akhir Piala FA Jerantut 2023.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam penonton itu dan menyifatkan mudah ‘koyak’.

“Kalau rasa minda tak ngam utk tgk bola dan tak boleh kalah. Jgn tgk bola live gini bang oi. Harap abg yg score tu buat report polis. Kurang ajar betul,” komen netizen

“Ko dh knpa bg… tiba2 nk bantai org… dia x ganggu ko pun… mental x kuat jngn tengok bola bg… baik jaga cucu kt rumah,” marah netizen.

“Buang la kopiah tu. buat malu je,” selar pengguna TikTok.

Author

Pilihan Editor