HomeBeritaMahkamah & JenayahEnam beradik antara tujuh ditahan rogol bergilir budak perempuan 11 tahun

Enam beradik antara tujuh ditahan rogol bergilir budak perempuan 11 tahun

GERIK: Enam beradik adalah di antara tujuh lelaki ditahan polis kerana disyaki merogol budak perempuan berusia 11 tahun secara bergilir-gilir dalam kejadian Kampung Pahat Luar di sini.

Ketua Polis Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, laporan mengenai kejadian diterima jam 9.26 malam kelmarin daripada ibu mangsa yang menyatakan anaknya dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh suspek berusia antara 13 hingga 31 tahun berkenaan yang kesemua mereka adalah rakan abang mangsa.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati kejadian rogol itu berlaku kira-kira jam 2 petang pada 3 November lalu dengan disaksikan adik lelaki mangsa yang melihat tujuh suspek itu yang juga rakan abangnya, merogol mangsa dalam bilik rumah jiran bersebelahan.

“Hasil siasatan awal, ibu mangsa yang berusia 36 tahun, seorang suri rumah diberitahu suaminya bahawa anak perempuan mereka berusia 11 tahun dirogol dengan kejadian itu disaksikan oleh anak lelaki mereka berumur sembilan tahun.

“Enam daripada tujuh suspek yang ditahan adalah adik-beradik dengan seorang lagi suspek adalah rakan mereka. Saksi iaitu adik mangsa yang berumur sembilan tahun itu melihat tujuh suspek yang merupakan rakan kepada abangnya merogol kakaknya itu.

“Saksi juga memberitahu ada melihat kejadian yang sama berlaku kepada kakaknya sebelum ini dan perkara ini sudah beberapa kali berlaku. Mangsa tidak bersekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata, semua suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik kira-kira jam 1.51 pagi semalam.

Beliau berkata, saringan awal air kencing bagaimanapun mendapati semua suspek berkenaan bebas pengaruh dadah.

Katanya, semua suspek direman tujuh hari bernula semalam hingga 27 November ini untuk siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan. – Berita Harian

Author

Pilihan Editor