CYBERJAYA: Tular hantaran seorang wanita berpesan supaya penduduk di sekitar Shah Alam berhati-hati ketika beriadah susulan seorang lelaki dipercayai diserang teruk hingga tangannya dikelar.
Menerusi hantaran di aplikasi X @ZaraaZameen, turut dimuat naik gambar keadaan tangan mangsa yang dipercayai berusia 40 tahun itu dikelar hingga berlumuran darah.
“Hati hati warga Shah Alam yang suka jogging sorang sorang waktu pagi!
“Kawasan rumah aku Seksyen 27 ada yang kena kelar time jogging pukul 6pagi sebab ada orang nak rompak. Hati-hati especially perempuan! Yang ni lelaki pun kena. Kalau perempuan tak tahulah,” tulisnya menerusi hantaran sama.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan khabar yang dikongsi wanita berkenaan.
Malah, ada sebilangan yang turut mempersoalkan tindakan penjenayah itu kerana sanggup merompak individu yang keluar beriadah.
“Apa yg peragut tu expect ye nak ragut orang berjogging? Macam bawa duit beribu atau jongkong emas. Mesti mat pet ni, jenis tak kisah dapat rm10 pun jadi lah buat beli dadah,” tulis netizen.
“Tapi ada je orang jogging bawak phone sebab nak dengar lagu. Me contohnya, so most probably nak rompak phone or jam ke.. Tu la nak sihat pun tak selamat,” ujar Zaraa.
“Aduh bahaya betul. ingat yang bahayanya anjing liar hahaha rupanya “anjing” lain yang liar pun bahaya,” seloroh seorang lagi pengguna X.