HomeBeritaJangan panik! MET Malaysia uji siren amaran tsunami di Pulau Pinang Khamis...

Jangan panik! MET Malaysia uji siren amaran tsunami di Pulau Pinang Khamis ini

CYBERJAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada Khamis ini.

Menerusi satu hebahan poster, MET Malaysia mengatakan ujian itu akan dilaksanakan di tiga lokasi.

Tiga lokasi tersebut adalah di Pantai Miami (10 pagi hingga 12 tengah hari), Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Feringghi (11.30 pagi hingga 1.30 petang) dan parkir LKIM Teluk Bahang (2 petang hingga 4 petang).

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu UJIAN sahaja.

“MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” maklum kenyataan itu.

Author

Pilihan Editor