HomeBeritaJawatan KP J-Kom akan diisi segera - Fahmi Fadzil

Jawatan KP J-Kom akan diisi segera – Fahmi Fadzil

CYBERJAYA: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklukan jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) akan diisi dalam masa terdekat.

Menurutnya, perkara itu dibuat susulan perletakan jawatan Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, beliau dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah J-KOM (Komunikasi Komuniti), Datuk Ismail Yusop berhubung perkara itu.

“Saya belum bercakap dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) khusus mengenai perkara ini. Saya percaya langkah-langkah untuk mengisi jawatan tersebut akan dibuat secepat mungkin,” katanya memetik Kosmo.

Pada Khamis, media melaporkan Mohammad Agus mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM kepada Perdana Menteri pada kelmarin.

Katanya, keputusan berkenaan dilakukan berikutan beliau menerima tawaran pekerjaan baharu dan bukan disebabkan tekanan oleh mana-mana pihak.

 

Author

Pilihan Editor