HomeGlobalKantoi 'busuk', persenda konon rakyat Palestin hidup semula rupa-rupanya...

Kantoi ‘busuk’, persenda konon rakyat Palestin hidup semula rupa-rupanya…

KANTOI lagi, setiap hari, ada sahaja akaun media sosial pro-Israel yang cuba meremehkan mengenai pembunuhan beramai-ramai atau penghapusan etnik rakyat Palestin di Gaza dengan menularkan gambar dan video palsu atau yang telah diedit atau di luar konteks.

Terbaharu, tular sebuah hantaran menyebarkan propaganda yang mempersenda kononnya rakyat Palestin yang mati itu sudah hidup kembali dan ianya satu ‘keajaiban’.

Tujuannya adalah untuk memperlekehkan kematian beribu-ribu rakyat Palestin yang terkorban akibat serangan udara tentera Zionis yang tidak berhati perut itu.

Pengguna aplikasi X yang juga merupakan pro-Israel dengan bangganya berkongsi video terbabit dengan kapsyen sinis berbaur:

We’re happy to report his condition has been upgraded to alive,” katanya.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna aplikasi X tampil membongkar kebenaran di sebalik video terbabit.

It’s Malaysia, the outfit, the scenery, our mosque always has a jenazah management course. They teach how to manage a dead body

You can see the pink shirt guy with a mic. He must be an instructor and this TikTok posted 8/19 way before the war started,” jelasnya.

Menjengah di ruangan komen rata-rata netizen turut menyindir Zionis laknatullah yang memalukan diri sendiri  dengan menyebar propaganda palsu.

This is from a course on how to manage a dead body in Malaysia. Oh so embarrassing. Zionists keep on lying and lying. Ewww,” selar netizen

“Kursus pengurusan mayat kat Malaysia pun die nak spin. Bengap benar Zionis Israel ni,” tulis warga net.

That’s in Malaysia. It’s a course for students to learn how to manage the deceased. You are trying too hard. You lost the media war. Take an L,” jelas netizen.

Author

Pilihan Editor