HomeBeritaKarya Anwar Johari raih kemenangan RM50,000 dalam Pertandingan Filem Pendek Canon 2023

Karya Anwar Johari raih kemenangan RM50,000 dalam Pertandingan Filem Pendek Canon 2023

Gambar dipetik dari filem “Don’t Get Too Close to That Edge” semasa saringan.

PETALING JAYA: Pembikin filem tempatan, Anwar Johari Ho meraih kemenangan dalam pertandingan filem pendek Canon 2023 menerusi sentuhan karya, ‘Don’t Get Too Close to That Edge’.

Acara yang berlangsung di Golden Screen Cinemas Starling Mall pada Sabtu lalu, menyaksikan anak kelahiran Sabah itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000, sebuah kamera Canon EOS R5C, SanDisk 256GB Extreme Pro CFExpress Card Type B, Sennheiser XSW-D Portable Lavalier Set, Nanlite Forza 150, Zhiyun Crane 4, dan sijil kemenangan.

Pertandingan filem Canon 2023 nyata mendapat sambutan dengan penyertaan hampir 150 peserta dalam pelbagai kategori di bawah tema ‘Harmony In Diversity’.

Majlis penyampaian anugerah diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar, Presiden dan CEO Canon, Shunji Yoshikai dan Pengarah Sinematografi, Raja Mukhriz.

Para pemenang berfoto kenangan bersama penganjur pertandingan filem pendek Canon 2023

Author

Pilihan Editor