HomeHiburan'Kaum X bitter' - Ernie Zakri tolong kawan cari jodoh, netizen sindir...

‘Kaum X bitter’ – Ernie Zakri tolong kawan cari jodoh, netizen sindir…

NIAT penyanyi, Ernie Zakri membantu rakannya mencari jodoh di media sosial, tetapi lain pula jadinya apabila segelintir warga net menyindir rakannya.

Erni atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, menerusi aplikasi X, meluahkan rasa terkilannya dan ‘meluat’ dengan sikap netizen sehingga melabelkan mereka sebagai ‘bitter’.

Ia susulan daripada satu hantaran Ernie yang ingin membantu rakannya mencari teman hidup. Namun begitu, ruangan komen dipenuhi dengan sindiran netizen yang mempersoalkan jika kawannya itu mencari jodoh seorang ‘suami’ atau isteri.

Apa yang membuatkan penyanyi lagu Ku Bersuara tidak mendiamkan diri dan menegur sikap mereka ialah apabila mereka mengejek perwatakan lelaki tersebut.

“Ya Allah, saya tolong kawan je. Betapa bitter nya laaaa kaum kaum di Twitter (X) ni. Doa la yang baik baik. 

“Ada orang yang ada rezeki dapat bina masjid, ada orang yang berusaha nak ke jalan baik. 

“Kenapa kena sebut yang bukan-bukan. Semua tengah berusaha nak capai sesuatu dalam hidup kan?” selarnya.

Author

Pilihan Editor