HomeBeritaKeterangan Mohammad Agus dijadual 2 petang ini

Keterangan Mohammad Agus dijadual 2 petang ini

KAJANG: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, dipanggil memberi keterangan berhubung video bualan lucah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dekat sini, pada Isnin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu berkata, proses rakam keterangan ke atas Agus dijadualkan pada jam 2 petang.

Beliau berkata, proses berkenaan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Dalam pada itu, katanya proses rakam keterangan ke atas Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani akan diadakan dalam tempoh terdekat.

“Selain Mohammad Agus dan Abdul Wahab, terdapat lagi individu-individu yang dijangka akan dipanggil (rakam keterangan) bagi membantu siasatan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Mengulas mengenai identiti Mr H, Razarudin berkata, polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti siapakah individu berkenaan.

Sebelum ini, Bukit Aman akan memanggil Mohammad Agus untuk dirakamkan semula keterangannya berhubung video perbualan berunsur lucah yang tersebar sejak Khamis lalu.

Tindakan itu diambil susulan siasatan kes berkenaan kini dikendalikan oleh USJT JSJ Bukit Aman selepas mengambil alih daripada Polis Selangor.

Author

Pilihan Editor