HomeBeritaKetua Pengarah J-Kom letak jawatan?

Ketua Pengarah J-Kom letak jawatan?

CYBERJAYA: Khabar angin berhubung Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff akan meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), sebelum akhir tahun ini sedang bertiup kencang.

Lapor sumber kepada Suara TV, Mohammad Agus sudah pun menghantar surat peletakan jawatan itu berkuat kuasa pada 15 Disember.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada surat berkenaan sudah pun diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini masih berada di luar negara.

Mohammad Agus juga difahamkan sedang menghabiskan cuti sehingga tamat tempoh perkhidmatan mengikut tarikh tersebut.

Sebelum ini, jabatan itu dipertikaikan kerana gagal memainkan peranan dalam melaksanakan tugas dengan berkesan, terutamanya berkaitan insentif kerajaan kepada rakyat.

Ini kerana, banyak manfaat dan insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat tetapi mereka tidak mendapat sebarang maklumat mengenainya.

Justeru, ada pihak yang berpendapat supaya pengarah J-KOM ditukarkan atau terus membubarkan jabatan tersebut.

Author

Pilihan Editor