HomeGlobalKorea Selatan akan perkenalkan mata wang digital tahun depan

Korea Selatan akan perkenalkan mata wang digital tahun depan

KOREA SELATAN yang terkenal dengan gelombang K-Pop kini mengorak langkah ke hadapan apabila dilaporkan akan memperkenalkan mata wang digital mereka sendiri pada tahun depan.

Lapor The Korea Times, mata wang itu akan dikeluarkan Bank of Korea dan akan melibatkan 100,000 individu terpilih untuk menguji keberkesanannya.

Malah, Bank of Korea akan menggunakan konsep Central Bank Digital Currency (CBDC), iaitu sebuah konsep matawang digital yang dikeluarkan oleh bank pusat sendiri, dan bukan bank-bank digital yang menggunakan wang digital mereka sendiri.

Mata wang digital yang dijangka dikeluarkan pada suku keempat tahun 2024 itu akan dikeluarkan dalam bentuk CBDC, dan akan diagihkan ke bank-bank tempatan yang terpilih kemudian diberi kepada individu terpilih yang akan membolehkan mereka menggunakannya untuk membeli-belah di kedai.

Difahamkan, konsep matawang digital ini digunakan seperti sistem baucer yang digunakan sewaktu wabak COVID-19, tetapi dengan pelbagai cabaran dan halangan dikurangkan, seperti bayaran transaksi yang tinggi, pengesahan transaksi yang perlahan dan kes-kes penipuan.

Bagaimanapun, penggunaan mata wang digital ini amat terhad kepada pembelian barang sahaja dan seperti kiriman wang menggunakan CBDC ini adalah tidak dibenarkan.

Author

Pilihan Editor