HomeBeritaLaluan susur di Semantan menghala KL ditutup mulai Sabtu ini

Laluan susur di Semantan menghala KL ditutup mulai Sabtu ini

CYBERJAYA: Laluan jalan susur di Semantan menghala ke Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya mulai Sabtu ini hingga 31 Disember 2023.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, pelaksanaan itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan fasa kedua jalan raya bertingkat.

Justeru, DBKL menyatakan bahawa pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif dari Bukit Damansara atau Jalan Beringin yang melalui Persimpangan Setiabudi perlu mengambil Jalan Johar untuk menghala ke Kuala Lumpur.

“Untuk makluman pengguna jalan raya, Jalan Johar akan diubah kepada laluan dua lorong.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik sebagai panduan serta langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan dan kesulitan,” kata DBKL dalam satu kenyataan.

Maklum DBKL, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di talian 03-2617 9000 (waktu pejabat), WCT Berhad di talian 017-880 7090 (Braba) atau Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT) di talian 03-7434 7333 bagi pertanyaan mengenai jalan berkenaan.

 

Author

Pilihan Editor