SEORANG wanita kesal apabila dikenakan caj yang tidak masuk akal ketika menjamu selera di sebuah restoran mamak baru-baru ini.
Menerusi video tular, wanita itu berkongsi resit yang memaparkan harga sekeping roti canai bernilai RM2.80, manakala caj pembungkusan pula bernilai RM0.40 bagi setiap hidangan yang dibelanjakan.
Sementara itu, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pula digenapkan menjadi RM0.60.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar wanita itu apabila membeli tiga keping roti canai, caj pembungkusan dan GST bernilai RM10.20.
Namun, apa yang menjadi kekesalan wanita itu adalah caj pembungkusan yang perlu dibayar asing bagi setiap keping roti canai.
Berdasarkan resit itu, lokasi restoran tersebut terletak di Jalan Tun Sambathan di ibu negara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap caj restoran itu yang dianggap keterlaluan.
@abeywan menulis: “Packing charge satu hal. Harga roti canai pun aku pernah makan roti kahwin (telur + biasa) dekat Permaisuri Cheras. RM6 lebih. Serupa makan nasi ayam. Dekat Penang RM3 hingga RM4 sahaja.”
Tambah @iamnalialianailaje: “Roti canai kayangan ke? Bungkus pun asing ha?”
Ujar @cesc4so :Lapor KPDN bos, mana boleh charge tiga kali.”
Soal @duittonium : “Dia letak dalam paper bag untuk setiap keping roti canai ke? Baik bayar plastik bag RM0.20 je.
Jelas @fikery: “Boleh charges sekali je. Ni sampai satu keping satu charge memang Yahudi asli ni.”