HomeBeritaViral'Nasi goreng Yahudi' - Lelaki pamer kedudukan Israel di mata dunia

‘Nasi goreng Yahudi’ – Lelaki pamer kedudukan Israel di mata dunia

API kemarahan rakyat Malaysia terhadap kekejaman zionis Israel di Genting Gaza masih hangat membara.

Mana tidaknya, angka korban mangsa Palestin kini mencecah lebih 12,000 dan kebanyakannya terdiri dalam golongan kanak-kanak.

Meskipun tidak dapat memberi bantuan secara terus, rakyat Malaysia dilihat masih aktif menyalurkan mesej berkaitan kekejaman Israel menerusi platform media sosial.

Baru-baru ini, seorang lelaki tampil memuatnaik video mengenai cara menghasilkan nasi goreng Yahudi.

Menerusi video di TikTok @arief_why1, lelaki yang mesra dengan panggilan ‘Atuk’ itu menunjukkan cara memasak nasi goreng Yahudi yang ditujukan khas buat Israel.

Menariknya, aksi masakan nasi goreng Yahudi yang dipamerkan oleh lelaki itu nyata menjadi perhatian warga net sehingga mendapat lebih 20 juta tontonan.

Perkara itu berikutan Atuk menunjukkan cara memasak nasi goreng tanpa menggunakan sebarang bahan masakan sebagai simbolik bahawa negara Israel tidak wujud.

https://www.tiktok.com/@arief_why1/video/7301539810001407239?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7206178105420596737

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok terhibur dengan sindiran yang dipamerkan Atuk.

Video berkenaan bukan sahaja mendapat perhatian rakyat Malaysia malah mesej yang disampaikan itu turut menarik perhatian negara luar.

“I don’t know a word he said, but I understand everything,” tulis seorang wanita yang dipercayai bukan rakyat Malaysia.

“My fav video I’ve seen on the internet this week,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

“Atok masak makanan halimunan,” seloroh netizen.

Author

Pilihan Editor