HomeBeritaViral'Orang macam ni pun ada ke'- Pemandu kesal 'rider' pentingkan diri parkir...

‘Orang macam ni pun ada ke’- Pemandu kesal ‘rider’ pentingkan diri parkir motor suka hati

CYBERJAYA: Sikap pentingkan diri seorang penunggang P-Hailing meletakkan motorsikalnya bukan di parkir motor telah menyebabkan sebuah kereta berdepan kesukaran.

Menerusi video tular, kelihatan penunggang motorsikal itu bertindak memarkirkan motornya di hadapan kereta yang sedang menunggu sebuah lagi kenderaan keluar dari petak Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurut pemilik video, dia membawa bapanya yang menggunakan kerusi roda bagi untuk ke sebuah klinik.

“Sambil tunggu orang ni simpan wheelchair, tiba-tiba ada mamat ni suka hati je park depan aku, masalahnya aku nak masuk, kereta depan tu nak reverse.

“Orang macam ni pun ada ke?,” soal pemilik video.

https://www.tiktok.com/@ikramsbri/video/7302440757611252999

Walaupun berkali-kali memanggil penunggang berkenaan untuk mengalihkan motosikalnya, namun hampa kerana dia sekadar menjenguk untuk memastikan motosikalnya tidak menghalang kereta yang akan keluar sebelum berlalu.

“Tak kesian ke kat ayah aku ni bro? Faham maybe kau tak ada rasa simpati.

“Bayangkan je kalau kau kat tempat aku. Tak ada hilang pun order kau tu kalau kau tolong alihkan motor. Kalau perangai macam ni… kesian.

“Kau bernasib baik jumpa orang yang sabar bro. Orang lain tak tahu apa jadi,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net mengecam tindakan penunggang motosikal terbabit yang didakwa mementingkan diri sendiri.

“Siapa makwe kepada rider BLX5*** sila lah tinggalkan dia, dah boleh nampak ye kalau dia layan bapak kau nanti camne,” komen netizen.

“Aku tak judge semua tapi majoriti rider-rider ni selfish. Park mana suka, lawan arus, langgar lampu merah. Tah la kecam kang ramai backup,” selar netizen.

“Dia lupa kalau kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan dia, moga dia tengok video ni, dia teringat sampai mati,” tulis netizen.

Author

Pilihan Editor