HomeBeritaViralPemuda 'cabut' lari lepas kena caj RM890 di salon rambut

Pemuda ‘cabut’ lari lepas kena caj RM890 di salon rambut

CYBERJAYA: Tular di aplikasi X seorang pemuda dipercayai melarikan diri selepas mendapatkan perkhidmatan gunting serta dandanan rambut berharga lebih RM800 di sebuah salon dalam pusat beli-belah Bukit Bintang.

Menerusi perkongsian di X, kejadian berlaku pada 13 November lalu dan laporan polis dikatakan telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi.

Hantaran itu turut disertakan rakaman televisyen lita tertutup (CCTV) berserta tangkap layar perbualan mesej antara pemuda berkenaan bersama pemilik salon.

“Budak ni dah scam my niece buat rambut di salon M*ko Galere, Pavillion sampai RM890 lepas tu lari tak bayar. Report polis dah dibuat di IPD Dang Wangi.

“Kepada sesiapa yang kenal mamat ni, minta dia pi balik salon yang dia buat rambut haritu bayar that amount dan buat video permohonan maaf,” tulis pemilik akaun X.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan harga yang dikeanakan hanya untuk dandanan dan servis gunting rambut terutama orang lelaki.

“Wei buat rambut apa sampai RM800 ni? Jiwa b40 aku curious… mampus kena hati-hati lain kali. Ignat paling mahal RM80 sekali kena RM800,” luah netizen.

“Dah tau diri tu B40 pi gunting mamak lah tak sampai RM20. ini berlagak kaya masuk salon mahal-mahal pastu buat ta*k pula tak clean. Bangang punya budak sunat laser,” selar netizen.

“Masalahya cut sampai RM800 rupanya rupa tu juga. Baik gunting kat mamak je,” komen netizen.

Author

Pilihan Editor