CYBERJAYA: Parti Keadilan Nasional (PKR) menafikan dakwaan bahawa ia menjadi ahli kepada Liberal International.
Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, terdapat percubaan terancang untuk mengaitkan parti tersebut dengan satu pertubuhan gabungan parti-parti iaitu Liberal International sejak kebelakangan ini.
“Saya mengesahkan bahawa PKR bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, parti tersebut bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin, serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat Palestin.