HomeBeritaViralPLKN 3.0 ‘trending’ sebab netizen tak puas hati?

PLKN 3.0 ‘trending’ sebab netizen tak puas hati?

KEMUNCULAN Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan dilaksanakan semula tidak lama lagi nyata menjadi bualan ramai pihak.

Mana tidaknya, pelbagai reaksi disuarakan orang ramai sebaik sahaja diumumkan kerajaan berhubung perkara itu.

Mungkin ada sebilangan rakyat Malaysia yang teruja dan tidak sabar melihat perubahan PLKN kali ini dijalankan setelah ia dimansuhkan pada 2018.

Namun, ada juga yang menzahirkan kebimbangan lebih-lebih lagi apabila mengetahui sasaran kali PLKN kali ini adalah belia berusia 16 sehingga 35 tahun.

Menjengah di aplikasi X, isu PLKN hangat menjadi ‘trending’ dengan ribuan hantaran dikongsi warga net berhubung pelaksanaan program berkenaan.

Rata-rata warga net kurang setuju dengan cadangan usia yang dibuka sehingga 35 tahun.

“Apa benda ni nak panggil pergi PLKN for people over 20?? Hello?? Dah start kerja kot. Govt nak bayar our salary ke? Nak bayar our commitments ke? Nak tolong jaga our kids ke? Siapa mangkuk kat govt yang pergi suggest this stupid thing? Otak tu ada tapi tak guna, baik buang je,” luah netizen.

“Betul gak. Yg umur 30 keatas ni nak sembang apa malam2 sebelum tido dengan budak2 umur 16 kalau kat kem PLKN tu? Tak blend woi. ‘Bro, pass kan ubat cholesterol tu jap’. Gitu ke?” tulis seorang lagi pengguna X.

“Pastu suami jatuh cinta dengan awek PLKN ah sudah,” luah netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang menzahirkan kebimbangan sekiranya nama mereka terpilih dalam senarai menyertai PLKN 3.0.

“Aku ni macam nak tengah redha ja kalau kena pergi PLKN tu. Sebab cabutan bertuah memang aku takkan pernah ada luck nak dapat, tapi jenis cabutan sial macam ni selalunya nama aku selalu terselit. Soo…hmmmm,” ungkap warga maya.

“Dah boleh start doa banyak banyak supaya tak terpilih pergi PLKN,” tulis netizen.

Author

Pilihan Editor