HomeBeritaMahkamah & JenayahSaman terhadap kerajaan, KJ berkaitan kesan vaksin Covid-19 didengar hari ini

Saman terhadap kerajaan, KJ berkaitan kesan vaksin Covid-19 didengar hari ini

 

KUALA LUMPUR: Tuntutan saman oleh sekumpulan rakyat Malaysia terhadap kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya menteri yang bertanggungjawab ke atas program vaksinasi negara, kerana mendakwa menjadi mangsa kepada kesan sampingan vaksin Covid-19, akan didengar hari ini.

Kes saman berkenaan dijadualkan didengar oleh Mahkamah Tinggi di sini melalui sidang video pada pada jam 9 pagi.

Selain kerajaan dan KKM, saman itu turut menamakan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan tiga pengeluar vaksin Covid-19 iaitu Pfizer, Astrazeneca dan Pharmaniaga.

Peguam mewakili semua plaintif dalam satu kenyataan pada November 2022 berkata, kumpulan berkenaan mendakwa KKM memberi satu deklarasi tidak sah dan suatu persetujuan yang dipaksa oleh defendan untuk mengelakkan mereka diambil tindakan berikutan kesan sampingan teruk melalui suntikan vaksin Covid-19.

Dalam tuntutan saman itu, plaintif menuntut defendan bertanggungjawab atas kesan suntikan vaksin Covid-19 yang memberikan kesan sampingan teruk termasuk menyebabkan kematian, kehilangan upaya kekal dan komplikasi lain yang mengakibatkan kerugian.

Mereka juga menuntut ganti rugi am dan ganti rugi khas yang perlu dibayar defendan akibat daripada kesan sampingan berkenaan.

Selain itu, plaintif menuntut semua vaksin yang digunakan selepas ini perlu menjalani ujian klinikal dalam keadaan mana laporan klinikal penuh terhadap keberkesanan suntikan Covid-19 mengekang transmisi penyebaran wabak Covid-19 perlu dikeluarkan oleh defendan.

Plaintif juga menuntut injunksi interim untuk menghalang defendan daripada memberikan secara meluas vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia yang lain sehingga kajian klinikal dilakukan dan laporan lengkap disediakan. – Berita Harian

Author

Pilihan Editor