HomeBeritaSanggup beratur awal pagi demi iPhone 15 RM1

Sanggup beratur awal pagi demi iPhone 15 RM1

CYBERJAYA: Ratusan peminat iPhone sanggup ‘terpacak’ di hadapan Yes 5G Experience Store Lot 10 seawal pukul 7 pagi, demi merebut peluang mendapatkan tawaran iPhone 15 dan iPhone 15 Plus pada harga serendah RM1.

Yes 5G dalam satu kenyataan memaklumkan, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mencuba nasib memenangi iPhone 15 dan iPhone 15 Plus tersebut dengan kadar terendah sempena 11.11.

“Mereka yang merupakan pemegang pas perlu memutar roda untuk mencuba nasib bagi mendapatkan iPhone 15 Plus dengan hanya RM1.

“Ini termasuk aksesori Apple seperti AirPods (Generasi Ketiga) dan langganan tiga bulan percuma untuk Yes Gaming dengan GeForce Now,” katanya.

Tambah kenyataan itu, pelanggan YES turut berpeluang menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM20,000 de¬ngan pelan pakej Yes 5G, ditambah potongan sehingga 15 peratus bagi sebarang pembelian aksesori iPhone.

Sementara itu Sarah Nabila, 31, merupakan antara pelanggan bertuah membeli iPhone 15 dan iPhone 15 Plus pada harga RM1.

“Pelan Yes 5G sangat berpatutan sehinggakan saya membeli dua i¬Phone. Selain daripada iPhone 15 pada harga RM1 sahaja, saya juga mendapat iPhone 15 Pro 512GB,” ujarnya.

Meskipun tawaran RM1 sudah tamat, Yes 5G masih menawarkan siri Iphone 15 pada harga serendah RM21 sebulan dengan sifar bayaran pendahuluan khas buat pelanggan Yes 5G.

Orang ramai yang berminat dengan tawaran ini boleh mendapat maklumat lanjut menerusi laman https://www.yes.my/iPhone/ atau kunjungi kios Yes yang berdekatan.

Author

Pilihan Editor