HomeBeritaSaya tengok kawan tertimbus seperti ‘tidur’

Saya tengok kawan tertimbus seperti ‘tidur’

BALIK PULAU: “Bunyi runtuhan sangat kuat, lihat dua rakan berlari keluar.”

Demikian menurut seorang buruh binaan warga Bangladesh yang hanya mahu dikenali sebagai Kasyem, 30-an ketika menceritakan tragedi runtuhan rasuk sehingga mengorbankan tiga rakan senegaranya termasuk empat lagi yang masih tertimbus, malam semalam.

Dakwanya, dia ketika kejadian berada di hadapan bangunan yang masih dalam pembinaan itu dan terkejut sebaik terdengar bunyi yang sangat kuat dari arah belakang.

“Saya lihat, ada simen dan besi sudah runtuh ke bawah. Dua orang lari keluar dan yang lain ada di dalam.

“Memang tidak boleh angkat konkrit kerana sangat berat. Saya tengok kawan sudah tertimbus bawah konkrit dalam keadaan seperti tidur (tertiarap),” katanya kepada Kosmo di sini.

Sementara itu, seorang lagi buruh Bangladesh yang enggan dikenali pula mendakwa, kerja-kerja pembinaan tersebut dilakukan mengikut syif.

“Saya kerja siang di bangunan hadapan. Saya diberitahu lantai simen yang runtuh itu masih baru dibuat. Bunyi sangat kuat macam bangunan runtuh, ramai lari keluar tengok kejadian berlaku,” ujarnya. – Kosmo

Authors

Pilihan Editor