HomeBeritaSemenyih, Bangi Lama dilanda banjir

Semenyih, Bangi Lama dilanda banjir

KUALA LUMPUR: Kira-kira 150 penduduk di Taman Semenyih Indah dan Kampung Bangi Lama, Selangor dipindahkan selepas rumah mereka terjejas banjir, awal pagi Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi memindahkan mangsa bermula jam 4.30 pagi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada MERS999.

Menurutnya, sebanyak 14 rumah di Taman Semenyih Indah membabitkan 50 orang dinaiki air setinggi 1.5 meter dan trend air semakin menurun.

“Di Kampung Bangi Lama, pasukan bomba membantu memindahkan kira-kira 50 mangsa daripada 10 keluarga selepas 10 kediaman dinaiki air hingga paras pinggang… trend air semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Selain itu, Ahmad Mukhlis berkata, 100 mangsa di Kampung Bangi Lama berpindah sendiri ke tempat selamat.

Menurutnya setakat ini semua mangsa dipindahkan ke Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bangi dan Tadika Perpaduan Taman Bangi Ria. – Sinar Harian

Authors

Pilihan Editor