HomeBeritaViralTangki air kolej kediaman UMS tercemar ulat sampah

Tangki air kolej kediaman UMS tercemar ulat sampah

MENJIJIKAN! Itulah yang terungkap saat melihat video tular memaparkan sebuah tangki berisi air dipenuhi ulat sampah yang berlaku di sebuah kooej kediaman di Univeristi Malaysia Sabah (UMS).

UMS dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan, pencemaran ulat itu dipercayai berlaku akibat terdapat bangkai monyet di dalam tangki berkenaan.

Kenyataan sama turut menjelaskan bahawa pihak USM telah mengambil maklum terhadap video berkaitan pencemaran tangki air tersebut.

“Kejadian pencemaran tangki air itu berlaku di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) UMS.

“Tangki yang terjejas itu merupakan tangki dari sumber air melalui sistem telaga tiub dan tidak menjejaskan sumber air yang disalurkan daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sebagai sumber utama kegunaan harian pelajar,” maklum UMS.

Susulan itu, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) telah mengarahkan kontraktor penyelenggaraan untuk mengosongkan tangki berkenaan ekoran kejadian terbabit.

Pada masa sama, JPP turut memberi arahan kepada kontraktor penyelenggaraan agar sentiasa memantau setiap fasiliti bangunan di UMS bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan dan kesihatan khususnya kepada warga pelajar UMS.

Malah, pihak pengurusan UMS akan terus memantau perkembangan pelajar di KKTPAR bagi memastikan kesihatan pelajar tidak terjejas dan tidak mengganggu pembelajaran serta kehidupan seharian mereka sepanjang berada di kolej kediaman.

Author

Pilihan Editor