HomeBeritaTermometer pecah, pelajar terkena tumpahan merkuri

Termometer pecah, pelajar terkena tumpahan merkuri

KINABATANGAN: Seorang pelajar berdepan detik cemas selepas terkena tumpahan sisa merkuri di bilik makmal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paris, disini, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Kinabatangan menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 7.59 pagi tadi.

“Terdapat termometer telah pecah di dalam bilik makmal sekolah dan menyebabkan berlakunya tumpahan merkuri.

“Pasukan bomba bertindak membersihkan tumpahan merkuri tersebut dengan menggunakan serbuk sulfur dan dimasukkan ke dalam disposable beg untuk tujuan pelupusan,” maklum jurucakap JBPM dalam kenyataan di Facebook pada Isnin.

Susulan itu, pelajar berkenaan telah dihantar ke hospital oleh pihak pengurusan sekolah untuk pemeriksaan lanjut.

 

 

Author

Pilihan Editor