BAITULMAQDIS: Tentera Israel berkata pada Khamis bahawa dua lagi askar terbunuh di Genting Gaza, termasuk anak lelaki anggota Kabinet masa perang, Gadi Eiznkot.
Satu kenyataan tentera berkata, askar simpanan Meir Eiznkot terbunuh dalam satu letupan bom di kem pelarian Jabalia di utara Genting Gaza.
Seorang lagi askar terbunuh dalam pertempuran di selatan Genting Gaza, tambah kenyataan itu.
Dua lagi askar cedera parah dalam pertempuran itu.
Tentera berkata 416 askar telah terbunuh sejak tercetusnya konflik Gaza pada 7 Oktober.
Israel meneruskan serangan ketenteraannya di Genting Gaza pada 1 Disember selepas jeda kemanusiaan selama seminggu dengan kumpulan pejuang Palestin Hamas berakhir.
Sekurang-kurangnya 17,177 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 46,000 lagi cedera dalam serangan udara dan darat yang tidak henti-henti ke atas enklaf itu sejak 7 Oktober berikutan serangan rentas sempadan oleh Hamas.
Angka kematian Israel dalam serangan Hamas masih berjumlah 1,200, menurut angka rasmi. – Anadolu